12 November, 2011

Saturday Night

assalamualaikum :)

sekejap je dah masuk weekend kan. rase macam baru je naik keje hari tu.hehe okay hari ni macam de semangat sikit nak update blog .First thing,update pasal Aura Maya.My cousin pun ade order juga produk ni selepas saya beriya-iya menceritakan kebaikan produk ni.haha diorang ni memg pantang sikit bab-bab kecantikkan ni. (jangan marah eh?) :) tau tau terus nak siap tak boleh tidur malam.hahaaha okay back to my topic.dah sebulan lebih kot pakai produk ni.so far memuaskan hati.memang last long.Since my handphone tak boleh nak activate mms,terpaksa masuk kat blog for my cousin review.Sebenarnya kulit aynn takde masalah banyak sangat.pimples susah nak tumbuh,kadang-kadang je dia datang visit.my BIG problem is kulit kusam and tak bermaya je.EXACT word is DULL and kulit gelap..Kulit aynn memang tak boleh nak putih melepak macam nedy.jangan mimpi lah kan sebab kulit aynn jenis kuning langsat.so macam mane rajin pun effort nak putihkan kulit memang tak boleh.haha.so kawan-kawan,before nak buat apa-apa tengok dulu jenis kulit kite kan.what i can do is maintain kulit licin w/out any pimples and berseri jee. :)

okay ni gambar sebelum pakai AM.masa raya bulan september .masa ni make-up tebal .foundation berapa banyak pun tak tahu lah. =.=
JENG-JENGGGGG!

nahhhh,cuziessss tengok puas-puas.ni lepas pakai krim malam je and on my way to bed.sebab tu lah mate layu je.dah tahap penat sangat dah tu.~

Nak dijadikan cerita,tadi office mate pun tegur.katanya kulit dah nampak bersih dah sampai akak confuse aynn pakai bedak ke tak.:DDD berbaloi hari hari mak cuci muka kan.hehe.for a record,memang aynn banyak kali langgar pantang dalam masa sebulan ni.lepastu kadang-kadang pakai krim,kadang-kadang tak pakai.Tapi sabun cuci muka tu aynn pakai 3 kali sehari sebab sabun tu fresh sangat.tak pernah miss.dah nak habis dah pun sabun tu.Okay end of AM story.
Semalam aynn MC disebabkan demam selsema yang sangat kronik.terpaksa off from my office.after check up dekat klinik balik rumah kena masak sebab nenek takde kat rumah.ape lagi,masa ni lah nak blaja masak kan? Masak ape? heheh ni diaaaaa -->

Ayam Masak Lemak Cili Padi

eh masak sendiri okay?cuma tiru resepi kat internet.hehee Tunang cakap sedap so okay lah kan?berjaya juga atlast.okay jom kita share resepi!

  • 1 ekor ayam, dipotong ikut suka
  • 1 liter santan
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun kunyit, disiat empat
  • garam secukup rasa
  • minyak secukupnya
  • Bahan untuk dikisar
  • 10 batang cili padi merah
  • 10 batang cili padi hijau
  • 3 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih (besar kalau kecil letak 2 ulas)
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup

Cara-cara

  1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng sehingga ia ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai, bahan yang telah dikisar dan daun kunyit. Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak.
  3. Masukkan garam dan serbuk perasa bersama ayam yang telah digoreng tadi. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
  4. Masukkan santan dan api dikecilkan sedikit dan gaul rata. Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam dan mendidih. Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya. Bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap, masukkan tomato dan matikan api dan tutup periuk. Setelah 5 minit tomato pun dah layu sedikit, angkat dan hidangkan.
  5. Nota: Sekiranya anda tidak tahan pedas boleh kurangkan kuantiti cili padi merah dan hijau dalam masakan ini.

okay im done! have a nice weekend darla!

Love,
Aynn