04 June, 2011

CARA-CARA MANDI WAJIB YG BAIK :)



Semua amalan ibadat yg nak kita lakukan sekurang-kurangnya mengikut jejak langkah Rasulullah s.a.w.

Telah diriwayatkan oleh Saidatina Aishah r.a. tentang mandi Rasulullah s.a.w.. Katanya, “Bahawa ketika Nabi s.a.w. mandi junub. Baginda memulakan membasuh kedua-dua tangan baginda. Kemudian, baginda mencurahkan air dan membasuh kemaluan baginda dgn tangan kiri. Seterusnya mengambil wuduk. Kemudian, baginda mengambil air dan menjirusnya ke kepala serta menyelit-nyelit pangkal rambut setelah air meresap ke seluruh pangkal rambut lalu dicurahkan air dari atas kepala sebanyak 3x. Kemudian meratakan air ke seluruh badan. Setelah itu, baginda menjirus bahagian kanan 3x dan bahagian kiri 3x.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Bg perempuan yg mandi wajib haid, disunatkn menggunakan sedikit kasturi atau benda yg agak wangi(halal) sedikit utk membasuh dan membersihkan kesan-kesan darah dan bau yg tidak elok dgn cara meletakkan wangian itu di atas kapas dan memasukkannya ked lm faraj(kemaluan), sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:


Ambillah sedikit dari kasturi kemudian bersihkan dengannya.

free glitter text and family website at FamilyLobby.com